Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Tuesday, March 31, 2009

Abang Ilham..in memories..

Salam to all readers..

Harini, awal-awal pagi lagi aku dapat msg dari Mejar Abu n Hani memaklumkan yang husband kak Norli @ Puan Norlela Mahmuddin (Abang Ilham) ni telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jan 1.30 pagi (kalo x silap aku)..terus aku xleh tdo.teringat kat kak norli n anak2 dia yang kecik2 lagi..

Tragisnya kematian bila kematiannya disebabkan oleh driver lorry yang hampeh. Dah la langgar orang, LARI pulak tu.memang KUANG HAJO!!!! aBg Ilham alami pendarahan di otak, tulang rusuk pun patah n tertusuk di paru-paru..Tak sangka betul.

Aku xla rapat ngan arwah, tapi aku kenal dia. Kat PERNAMA Hq mmg semua kenal arwah. Dia ringan tulang. Buat la apa ja event kat PERNAMA ni, dia ngan anak2 confirm turun padang n xsegan silu nak bantu. Siap bawak anak lagi..Ini yang paling aku kenal tentang arwah (walaupun aku xbanyak cakap ngan die), RINGAN TULANG n RAMAH.

Tadi masa bacakan Surah Yaasin pada arwah, aku pandang jenazah..Aku teringat kat bapak aku..Aku rindu sangat kat bapak aku. Aku igt lagi mcmn rupa bapak aku masa tu n aku pun igt banyak rama-rama datang hinggap kat jenazah n kami adik beradik. Tak tau la mana datang rama-rama tu..Masa tu terlintas, tapi x terluah sbb tengah sedih sangat..

Aku berenti kat cni dulu. Nak sambung CCI. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh dan keluarga arwah..Semoga ini dapat ingatkan kita semua tentang betapa dekatnya kematian dengan kita..

Al-Fatihah..

Thursday, March 19, 2009

baby 2009

Sufriey Mikhael


Damia Aleesya


Dah lama nak letak this pic tp x sempat. Anak kakak aku, Sufriey Mikhael lahir 15 Januari 2009 n anak Hani, Damia Aleesya 3 Mac 2009. So readers, here we go..baby of the year 2009..


Wednesday, March 11, 2009

An article from my friend

My friend had sent me this article..Let's read it..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu.

Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahilpula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

" Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."