Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Saturday, June 27, 2009

6 dan 7 JuNe 2009





Kawan-kawan..
ni je la beberapa keping gambar yang dapat aku upload. ramai yang tny tapi aku xbkesempatan nak letak..apapun..doakan kami bahagia dunia dan akhirat..amin...


Friday, June 26, 2009

surat untuk datuk wahab

Kehadapan datuk wahab..semoga panjang umur dan dirahmati selalu..

Saya dahpun berjanji dengan diri saya, walau sesibuk mana pn dengan sistem baru kat opis kita tu, saya tetap nak bgtau betapa keciknya hati saya dan kawan2 dengan datuk.

Sampai hati datuk..
sampai hati datuk kata kami xbuat kerja. Datuk tau dak hari-hari pukul berapa kami balik dari opis? walaupun kami sedia maklum waktu kerja dari 8.30 sampai pkl 5.30, xpernahpn rasanya kami balik jam tu. yang lebih tepat lagi, dah xpernah rasanya balik rumah nampak matahari datuk..asik nampak bulan bintang je tiap kali nak balik..bulan bintang pun bukan yang calang-calang pny bulan bintang..kalo setakat pkl 7.30ptg tu bulan pn x keluar lagi..rasanya datuk maklum pukul brapa leh nampak bulan..mcm tu la kami tiap-tiap hari...tu pun datuk kata kami xbuat kerja lagi..isy isy..

Sampai hati datuk..
Sampai hati datuk tny watpa kami kat kedai sampai lewat malam..datuk rasa staf CPD saja-saja nak duduk menyembang kat kedai ka sampai lewat2 mcmtu..kami dok key in datuk..keyin beribu-ribu item yang kedai xhantar list kat kami..tu pun kata kami xbuat kerja lagi.isy isy..

Sampai hati datuk..
sampai hati datuk kata saya sibuk dengan urusan kahwin sampai gagal laksanakan tugas gara-gara harga MILO kat Sepanggar ngan KK. Kalaula datuk nak tau, semua urusan kenduri, barang hantaran, baju, pelamin,barkat dan ntah ape2 menatang pasal kenduri langsung saya xamik tau. Tu pun nasib baik saya ingat warna baju kawin walaupun SUMPAH saya xingat langsung mcmn rupa baju kawin saya. sampai saya langsung xsempat nak review balik siapa jemputan saya..hasilnya, ramai yang kecik ati saya xsempat nak htr kad jemputan..semuanya sbb SISTEM BARU kita tu..bukan setakat sabtu, ahad pun saya datang keja utk sempurnakan kerja saya sebaik mungkin..tu pun kena hentam jugak..isy isy...

Sampai hati datuk..
sampai hati datuk kata xguna p hantar banyak kursus pun, dok mcmtu jugak..cuba datuk tulis satu kursus yang saya p utk tambahkan ilmu saya yang cangkat sangat ni mcm cangkat sulaiman (nama kampung kat sungkai)..saya xmintak list banyak datuk...satuuuuu je..haaa..kalo datuk dapat la tulis, maksudnya ada yang tak kena la tu..sbbnya TAKDAK satu pun kursus yang saya attend.SATU PUN TAKDAK..xkisah la tu kalau dah xmau hantar, tp toksah la buat ayat mcmtu..keciknya hati saya...isy isy..

Sampai hati datuk..
sampai hati datuk xmau dengar apa yang bos saya cakap dan xpercayakan dia. Siap mintak cakap 1000 kali baru datuk nak percaya..walaupun bos saya tu macamtu (kalut semacam)tapi saya tau dia pn bertungkus lumus nak jayakan sistem ni datuk..kalau la saya jadi dia, kecik ati saya datuk cakap mcmtu..jalan pun dah xberapa nak lurus, kena hentam lagi..sabar DCM. apa nak buat..dunia semakin rata..isy isy...datuk..datuk..

datuk..
kalau nak tulis lagi rasanya xtido la saya kat utara ni. dah dekat seminggu rasanya xjumpa suami saya..rindu betul kat dia..ni pun saya tulis lepas pukul 11.00 malam datuk..sbb time tu semua org kena log out dari sistem. saya xambik masa kerja saya utk ini.datuk jangan risau..

datuk..
dalam keadaan la ni, kalau datuk announce bonus pun hati xberapa gembira dah. sbb masa dan kehidupan kami sendiri dah xdak..kami x tagih balik masa dan kehidupan tu. cuma mintak pengertian dari datuk tentang kepayahan kami dalam implementation stage of this new system.
Kami tau kami xcerdik mcm datuk dan orang-0rang sistem, tapi beri ruang dan masa kepada kami utk memperbaikinya.kami minta difahami datuk..

datuk..
kalau la andainya datuk terbaca blog saya ni, dan post ni ditujukan khas buat datuk, dan datuk masih juga kata kami xbuat kerja, saya rasa ada baiknya kami betul-betul xbuat kerja.kami akan datang dan balik on time..sbbnya keadaan tetap sama..kena marah jugak..niat tu dah ada..tapi hati kami tetap x kesitu lagi..tapi..mana la tau kan..

takpa la datuk..saya dah xlarat sangat..tapi saya tetap nak luahkan rasa kecewa saya ni supaya saya xmengigau malam ni..saya dah naik malu asyik mengigau pasal BARCODE dan SCAN je..sekurang-kurangnya saya rasa malam ni tidur saya lebih lena sikit..

SELAMAT MALAM DATUK.. :-)

From : CPDians