Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Saturday, June 25, 2011

lost n found :)



tumit dah nak tercabut..mata asik melilau..aku teliti setiap sudut..xjumpa!!!!

aku jalan lagi..garu kepala yg xgatal...adeeehhhh...mcmn boleh hilang ni...???

cuba aku igt balik..emm...bangunan tabung haji ada kat sini tadi..pokok cabai...pastu F1 car....OMG!! aku dah sesat!!!!!

okeh2..aku call hani...pompuan simpanan yg jawap...kol kali kedua...pompuan simpanan lagi...kecewa :(

terus jalan dan jalan...kemudian patah balik..di hujung sebelah kiri,tertulis 'Counter Lost and Found'...patut ke aku buat laporan kat situ??apa aku nak kata???



errr...encik,saya nak buat laporan kehilangan..

apa yg hilang??

booth yang saya patut jaga utk event hari ni dh hilang encik..saya xjumpa.....



eeee....xmoh2...malu!! emmm...caner yek..kaki lenguh..dah ni..

oo ye...talian hayat ke 2...call kak shida...hehehe...nasib jumpa!!!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Friday, June 3, 2011

Allah Maha Mengetahui!!!

"Pabila mati anak adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa dari anak-anak yang soleh"


aku termenung sekejap..sandar kat kerusi biru aku dan relax..tapi aku fikir lagi.nanti kalau aku mati, ada tak ilmu yang akan dimanfaatkan? banyak ke sedekah jariah aku? dan...aku tak ada anak!! rugi ke aku?? tak ada anak yang akan doakan aku?


Allah Maha Besar!!


Orang kata,


1. Laaa...xdapat anak lagi???
2. Alah..ramai lagi yang tak dapat anak
3. Bila lagi ko nak dapat anak ni?
4. Dah pegi jumpa doctor ke
5. Pegi la berubat kampung
6. Cuba pegi berubat kat situ, ramai yang dah dapat anak dah
7. Makan la supplement ni
8. Ubat ni lagi bagus, try la
9. Tu la, asyik kerjaaaa je..
10. Takpe, esok2 ada la tu..


Dan ntah beratus2 lagi ayat yang lebih kurang sama macam tu aku dengar...ada yang sentiasa menangis bila mendapat ujian mcmni..tapi siapa yang faham??


aku pun membaca lagi..


Sesungguhnya ketentuan itu ditangan Allah swt.. Walau sekuat manapun kita berusaha, sehebat manapun kita berdoa, seandainya kita masih tak mempunyai anak, Allah swt saja yang mengetahui hikmahnya..Allah maha mengetahui!!!


Masa aku 120 hari dalam kandungan mak, dan serentak nyawa ditiupkan, Allah dah tentukan rezeki, amal, ajal, bahagia atau derita hidup aku. and again, Allah Maha Mengetahui!!!


aku tersandar lagi..


Kita kena hargai apa yang kita ada, dari menangisi apa yang kita tak ada. Hakikatnya, mulut yang menyebut memang senang dari hati yang menanggung.


dan berfikir lagi,


Bila Allah kurniakan aku nikmat, aku tak pernah bertanya kenapa Allah berikan. Tapi kenapa hati tertanya bila Allah menguji?? Astaghfirullah.....


Mudah-mudahan Allah tebalkan kesabaran dalam diri. Mudah-mudahan hidup sentiasa dirahmati..Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan untuk terus berusaha. Mudah-mudahan terbuka pintu rezeki..


Allah Maha Mengetahui!!!




Mariani.. REDHAlah... :)




***Rindu bapak***Rindu Norman***



Wednesday, June 1, 2011

Happy Birthday!!



Harini genap 33 tahun umur suami saya..Selamat Hari Lahir...
Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezki, gembira dan bahagia selalu..
Semoga jadi suami yang sentiasa menyokong dan memahami..


Hadiah???

Belum tau lagi..nanti la k..

Calebration??
Calebrate kat rumah je..Cake 2 slice...sorang 1..hehe..jadi la..alhamdulillah..

Happy Birthday abang.. mmmmmuuuuaaahhhhh...... :)