Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Saturday, August 22, 2009

Tmn Negara : Episod 2

Salam...

Berjumpa lagi kita di episod ke 2 Kronologi Taman Negara..Hmm.. masuk hari kedua meeting ni letih betul. Otak ni memang xdak kat Temerloh dah.Ingat nak balik je..

Hmm..dah petang benor meeting baru abis. Tp mlm ni sambung lg skit..hisy..malas btl.dah la menyampah tgk 'si kuat tido'.boring btl dgn dia tu.belagak nak mampos.

Okeh2..berbalik pada kronologi Taman Negara. Hah..Haza xdak sport shoe. Aku ada la jugak walaupun dah nazak. Senja tu jugak haza ngan anas p ronda kat pekan temerloh utk cari kasut. As a good buyer, dia berjaya cari kasut yang paling murah.Well done my pren.. Meh kita tengok kasut cik Haza kita ni..Brand ape??? Jom tengok.



Model sedang menggayakan kasut yang baru dibeli


Kasut Cap JinWei???Jin dari mana ni??

Apepun, bagi satu tepukan gemuruh utk tuan punya JinWei kerana bersemangat utk pengembaraan esok...
Bersambung di episod terakhir....

Friday, August 21, 2009

Tmn Negara : Episod 1

Salam readers,

Haaa...Entry kali ni berdasarkan kronologi ke Taman Negara. Yang sebenarnya, tujuan utama ke Temerloh ni sbb kena attend ABE Meeting kat Steven punya hotel ni. Tapi kalo title dia pasal meeting, mcm xsemangat nak tulis..hehe..
Carpool ngan Haza, sejam setengah je sampai Temerloh dari Klang..Isy..isy.. Auntie Haza..jangan bawak laju2...bawak bini2 orang tu..huhuhu..

Sampai je kat hotel, aku tekejut nengok bonet kreta Haza.. Mak aiii.......punya la penuh..rupa2nya, Mummy Damia si Hani yang tengah active breastfeed ni bawak semua kelengkapan utk mengelakkan masalah keputusan stok.. Isy isy..tabik spring la kat Mummy Damia. Aku rasa xramai org la ni yang gigih nak bagi anak2 susu badan..
Bagus...Bagus..tahniah..semoga jadi contoh buat org lain..lebih2 lagi untuk aku..hehehehe..Meh kita tengok hasil usaha Mummy Damia ni..
Ni memula sampai...

Ni dah susun2 jadi banyak..bestkan..untung Damia..


Ni bekal botol susu


Haaa...part yang paling best tengok bekas ni dalam bilik hotel..Jangan tak caya...bukan senang nak usung benda ni...bukan senang nak jadi mak..Bukan senang nak jaga anak. Anak2 bila dah besar jangan melawan cakap mak..Tengok susah payahnye mak ayah jaga kita...Huuuuwaaaaaaaaa.........

To be continued.....


Thursday, August 6, 2009

7 Wasiat Raja Melayu

MAI BACA....

Wasiat disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

· Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)

· Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

· Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara

· Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini

· Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan

· Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU

· Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN

Hmmmm...aku suka article ni..