Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Monday, October 10, 2011

cukup!!



aku bukan nak tunjuk besar kepala..pun bukan nak tunjuk aku ni ngada2..tp cukuplah..aku dah tak tahan

memang aku berkurang ajar dengan kamu. sebab pada pikiran aku, berkurang ajar itu kadang2 perlu utk org yang kurang ajar seperti kamu!!

aku bekerja utk mencari keredhaan Allah dan keberkatan rezeki. bukan bekerja untuk orang seperti kamu!!

sekian..


Thursday, October 6, 2011

itu je.

aman mak kak anje adik

tu antara pic yg paling aku sayang..sgt2 happy time ni..tp xmungkin dpt kumpul mcmni lg..aku tau tu.

aku tau norman dah tak ada. aku tau tu. tp bila aku btl2 sedar yg aku takkan dapat bercakap dgn dia lg,xdpt dgr suara dia lagi,sendi rasa putus,rahang rasa longgar,daging rasa bergetar..sakit

aman,akak rindu aman..

itu je



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Saturday, June 25, 2011

lost n found :)



tumit dah nak tercabut..mata asik melilau..aku teliti setiap sudut..xjumpa!!!!

aku jalan lagi..garu kepala yg xgatal...adeeehhhh...mcmn boleh hilang ni...???

cuba aku igt balik..emm...bangunan tabung haji ada kat sini tadi..pokok cabai...pastu F1 car....OMG!! aku dah sesat!!!!!

okeh2..aku call hani...pompuan simpanan yg jawap...kol kali kedua...pompuan simpanan lagi...kecewa :(

terus jalan dan jalan...kemudian patah balik..di hujung sebelah kiri,tertulis 'Counter Lost and Found'...patut ke aku buat laporan kat situ??apa aku nak kata???



errr...encik,saya nak buat laporan kehilangan..

apa yg hilang??

booth yang saya patut jaga utk event hari ni dh hilang encik..saya xjumpa.....



eeee....xmoh2...malu!! emmm...caner yek..kaki lenguh..dah ni..

oo ye...talian hayat ke 2...call kak shida...hehehe...nasib jumpa!!!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Powered by ShowMeBlogger.com

Friday, June 3, 2011

Allah Maha Mengetahui!!!

"Pabila mati anak adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa dari anak-anak yang soleh"


aku termenung sekejap..sandar kat kerusi biru aku dan relax..tapi aku fikir lagi.nanti kalau aku mati, ada tak ilmu yang akan dimanfaatkan? banyak ke sedekah jariah aku? dan...aku tak ada anak!! rugi ke aku?? tak ada anak yang akan doakan aku?


Allah Maha Besar!!


Orang kata,


1. Laaa...xdapat anak lagi???
2. Alah..ramai lagi yang tak dapat anak
3. Bila lagi ko nak dapat anak ni?
4. Dah pegi jumpa doctor ke
5. Pegi la berubat kampung
6. Cuba pegi berubat kat situ, ramai yang dah dapat anak dah
7. Makan la supplement ni
8. Ubat ni lagi bagus, try la
9. Tu la, asyik kerjaaaa je..
10. Takpe, esok2 ada la tu..


Dan ntah beratus2 lagi ayat yang lebih kurang sama macam tu aku dengar...ada yang sentiasa menangis bila mendapat ujian mcmni..tapi siapa yang faham??


aku pun membaca lagi..


Sesungguhnya ketentuan itu ditangan Allah swt.. Walau sekuat manapun kita berusaha, sehebat manapun kita berdoa, seandainya kita masih tak mempunyai anak, Allah swt saja yang mengetahui hikmahnya..Allah maha mengetahui!!!


Masa aku 120 hari dalam kandungan mak, dan serentak nyawa ditiupkan, Allah dah tentukan rezeki, amal, ajal, bahagia atau derita hidup aku. and again, Allah Maha Mengetahui!!!


aku tersandar lagi..


Kita kena hargai apa yang kita ada, dari menangisi apa yang kita tak ada. Hakikatnya, mulut yang menyebut memang senang dari hati yang menanggung.


dan berfikir lagi,


Bila Allah kurniakan aku nikmat, aku tak pernah bertanya kenapa Allah berikan. Tapi kenapa hati tertanya bila Allah menguji?? Astaghfirullah.....


Mudah-mudahan Allah tebalkan kesabaran dalam diri. Mudah-mudahan hidup sentiasa dirahmati..Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan untuk terus berusaha. Mudah-mudahan terbuka pintu rezeki..


Allah Maha Mengetahui!!!




Mariani.. REDHAlah... :)




***Rindu bapak***Rindu Norman***



Wednesday, June 1, 2011

Happy Birthday!!



Harini genap 33 tahun umur suami saya..Selamat Hari Lahir...
Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezki, gembira dan bahagia selalu..
Semoga jadi suami yang sentiasa menyokong dan memahami..


Hadiah???

Belum tau lagi..nanti la k..

Calebration??
Calebrate kat rumah je..Cake 2 slice...sorang 1..hehe..jadi la..alhamdulillah..

Happy Birthday abang.. mmmmmuuuuaaahhhhh...... :)

Monday, April 25, 2011

kenapa hati tak bahagia??

Hari mendung sangat dah ni..mata nak terlelap. bos xdak..org lain pn xdak..tinggal sensorang dlm ofis..huuiiihhh...bahagia...

sementelah Torres pn dah score utk the blues mlm tadi, tahniah la diucapkan..mesti dia bahagia..sebab dah lama sangat dia tunggu..tp mungkin bahagia masa tu je..esok lusa tak tau lg..

ada org duit berkepuk banyak xtau nak letak mana - tapi hatinya tak bahagia

ada org bini sampai dah penuh kuota (4 org la tu) - tak bahagia jugak

ada org dapat suami baik, hensem, waraq - tak jugak rasa bahagia

tengok bisnes org maju pun kita rasa x bahagia..ada yang mengeluh lagi..kenapa la aku tak kaya macamtu?? kenapa aku tak senang dapat duit mcm org tu?? kenapa hidup aku susah??

tengok org ada macam2 yang kita xada pun rasa tak bahagia..

pusing kot mana pun, rasa x bahagia..

mmg penyakit tak bahagia ni berlingkar je pada org tak bahagia..org tak bahagia selalu ada marah dalam hatinya..

bahagia sejati ialah bila dapat mengingati Allah..

alhamdulillah...aku bahagia..aku nak bahagia, sampai bila2...amiiinnn...

:)

Friday, March 25, 2011

HOKEH HOKEH..!!!

HOKEH..HOKEH.. sekarang aku tengah sangat MERADANG dengan sorang pembekal rokok.!!! Menci!!!!! Tapi ustaz uda kata, kena istighfar banyak2..ingat balik dosa2..Astaghfirullah... Terus dah tak marah :) :) itu sahaja. sekian, terima kasih yang benar.... (sila reka 'sain' mengikut kretibiti sendiri) TATA..

Wednesday, March 9, 2011

uiiisyyy...March dah!!!

Pejam celik pejam pejam pejam...dah bulan 3..kejap je kan..

mak dengan kak ina dah balik tengahari td..alhamdulillah, operation mak berjalan dengan baik..dalam sejam je Prof Angela Loo tu buat..(perut Doc ni nampak buncit skit harini-mungkin dia mengandung kot-whatever...)kiranya lama lagi la aku ngan laki aku p cari kedai yg sesuai utk beli 8 bungkus mee goreng..sebabnya, sampai je kat Menara Timur tu, mak dah siap rilek dah...selamat...tapi mak kata sakit..ye la pulak..bius kat mata je..tengahari tadi masa bukak balutan leh nampak benang halus kat dalam mata mak..fuyooooo...ngeri tuh...mg depan Doc bukak benang tu..harap2 semua selamat..utk makluman (kpd sapa yg nak tau la), mak dah boleh nampak cahaya sikit bila pandang bawah dan keliling..tapi masih xleh nampak bila pandang depan..takpa la..pelan2..semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik utk mak..Amiiinnn....

ooo..sebelum terlupa. 4 Mac aritu birthday kak yang yang ke berapa ek..jap..jap..ooo yg ke 33..wah..best tu..umoq 33 anak pun dah 3..maknanya laki aku pun dah 33 jugak..tua dah...anak sorang pun xdak..sedihnya....

ha...20 mac ni pulak birthday bapak yg ke...jap..jap..ha...yg ke 59 tahun..kalau bapak ada lagi mesti aku dah calebrate..tp bapak dah p 10 tahun awal..umoq 49 bapak dah xdak..macamana la muka bapak kalau dia ada lagi agaknya ek...teringin betul aku nak tgk..hmmm....

apa lagi ek..??
oooooo......dengan bangganya diumumkan, kitorang (jabatan cpd dan warehouse) berjaya menjadi JOHAN..diulangi..JOHAN utk pertandingan Badminton anjuran Kelab Sukan..dalam 2 tahun lebih xpegang raket tetiba main balik..rasa nak putus jugak la badan sakit pas tu..walaupun aku xmenang (menumpang je lebih sebenarnya -eh, tapi menang gak 2 dari 3 game tau..), tapi disebabkan menumpang kawan2 yg menang, maka menang jugak la team kitorang..tahniah utk mereka yang telah main bersungguh2..hehe

dan lagi skang ni jugak aku tengah menunggu2 jumlah bonus yang akan masuk..pokai sangat dah ni..

oo ye..haza masuk spital.dah 3 hari..maybe minggu depan baru masuk keje..sakit perut tapi doc sahkan she's preggy..CONGRATS HAZA!!!! kami sama2 ikhtiar nak dapat anak..cuma rezeki Haza sampai dulu..Alhamdulillah..merasa jugak Haza...aku??? tak ada jawapan..

lagi??? ooo ye..tadi masa dalam kreta, kazim iaitu anak sedara aku telah usik2 adik aku yg bongsu, asri a.k.a paksu a.k.a conget..pastu tanpa disangka dia kata jgn usik dia, kalau tak dia ikut cicik nanti..tekejut besar aku..kalau adik pun pegi ikut aman, apa je la makna hidup aku ni..tak ada apa dah...moga Allah panjangkan umur adik, mak, kakak2 dan semua ahli keluarga..

okeh okeh... nak tido dah..nanti sambung pulak..macam nak tgk kak limah jap..

tata..

Tuesday, February 1, 2011

kata kesat..

Apa kata kesat ni ye?

sementelah aku mmg sgt ngantuk sbb tido utk sejam je malam tadi dan skang berada di klinik kreta,aku xmampu pikirkan jawapan yang tepat dr sudut pandangan Dewan Bahasa Pustaka.

Tapi rasanya aku dapat bagi contoh kata2 kesat yang pernah didengar (samada dalam drama, filem dan situasi sebenar). Contohnya :

a)pegi mampus la lu!!
Kata2 diucap bila kita xmoh tgk lagi org tu-walaupn hakikatnya esok akan jumpa lg org yg
sama.

b)kau ni bodoh xdapat diajar!!
Bila tahap kepandaian dirasakan xsama-walaupn sbnrnya org yg mengajar tu yg bodoh-
tengking sumpah seranah org lain,. macam ko tu bagus je..ia lebih kurang macam ayah yg slalu
marah anaknya bila xbersih..tp bapak nya sendiri pun malas mandi..pandai mengarah je..tapi
tak reti nak bagi contoh yg baik..lebih kurang la tu..

c)Dasar pekak bisu!!
Ni aku slalu tengok dalam Drama Melayu yang ada anak cacat dan mak ayahnye org miskin...
(imaginasi aku je tu)

d) Pompuan murahan!! Cheap Sale!!
Ni pun banyak kat lama2 gosip artis..hehehe (aku tgk gak sbb kadang2 lucu kisah2 artis ni..)
tapi skang kat wall friends kat FB pun banyak gak..hmmmm...

e) Manusia Barua!!
Yang ni aku xpenah dengar dalam mana2 filem melayu atau drama melayu..mungkin aku
dengar sbb aku sendiri yang kena kot..rasanya la..emmm..xtau apa maknanya tu..setelah
dianalisa, ia membawa maksud yang tidak elok (xtau aku patut tulis perkataan tu penuh atau patut korang teka ja..sori kalau agak kesat-ni contoh je)

f) Jangan sampai tangan aku naik!!!
Ni memang slalu sangat dengar..Suami marah isteri, bapak marah anak, boyfriend marah girlfriend, staf marah bos (errr...atau boleh jugak bos marah staf).. Dalam drama pun banyak..

errr..kesimpulannya, boleh tak cakap baik2?? layan manusia seperti manusia patut dilayan..in fact-binatang pun kita xsajikan dengan kata2 kesat..inikan pulak manusia..pandang anak isteri dengan penuh kasih sayang pun dah dapat pahala..inikan lagi bersabar dengan karenah dan mengucapkan kata2 yang berhemah..jadi contoh yang baik utk anak2, isteri, keluarga dan masyarakat..xrugi kita berbuat baik..

kepada mereka yang sering menghamburkan kata2 kesat terhadap org lain, bersyukurlah sbb Allah tidak tarik balik nikmat lidah dan mulut dari kamu..

aku bukan baik sangat..tapi alhamdulillah..keluarga dah mendidik utk cakap dengan bahasa indah walaupun dalam situasi yang sangat menekan..tq mak ngan bapak...(tapi pengaruh drama, filem dan rakan sebaya pun dasat woooo....)..kamu2 yang tidak mendapat pendidikan sebegitu dari ibu bapa-simpati saya pada kamu dan cubalah untuk berubah :)

p/s : luahan rasa di bengkel, selepas menengok 1 drama melayu yang aku xtau tajuk dia apa..sekian..

Saturday, January 29, 2011

Jom EL !!!

dah 2-3 hari aku rasa stressed. marah..sedih...macam rasa di awang-awangan lak (yang pasti aku bukan di kayangan)..melangkah pun rasa xjejak bumi (juga bukan menunjukkan yang aku ni ponti***k - sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul)..

Dengan berbekalkan semangat sebanyak 0.01% semasa stat enjin menuju ke tempat kerja dan membawa pulang -1,000,000% semangat(xpasti istilah matematik ni betul atau tak), dan juga duit tol yang telah dihabiskan sebanyak RM 8.80 setiap hari, hanya untuk bekerja dengan penuh rasa tidak bersemangat, di perli dan dimarahi (isy..macam kronik betul aku ni) adalah satu Pembaziran dan Pengorbanan yang sia-sia...

Ye, aku bukan pekerja cemerlang. Tapi aku pun bukanlah pekerja yang tak menyumbang apa-apa pun dalam organisasi ni. walaupun tak banyak mana agaknya..yelah..takat jaga groceries, apa la sangat...xbrapa sen pun sales dia..hehehehe..

oh ye,
kepada kamu yang telah memadankan muka aku (atau kata lainnya-Padan Muka ko Mariani)dalam mesyuarat yang ala-ala mesyarat tingkap tu, aku ada beberapa pesanan utk ko (kalo ko baca n3 aku ni la-kalau ko tak baca pun ada aku kisah???) :

1. langit tak selalu cerah (ada siang-ada malam, ada panas-ada hujan)
2. rambut tak selalu hitam (makin memutih mcm rambut ko)

dan utk segala pertolongan yang ko mintak dr aku, aku dahului dengan kata2 :

MAAF, aku takkan tolong kamu -waaah!!!!kejamnye...i like :) :)

dan aku pun EL pada hari keesokannya..sekian..hehe.. (moh EL ramai2...)

p/s : wallet yang aku aim tu dah dibeli org dengan diskaun 40%..aku sangat sedih hingga ke saat ini..

SEKIAN lagi skali.. TATA

Friday, January 21, 2011

wallet aku rabak :(


title dan pic di atas membawa maksud yang sebenar, wallet aku memang dah rabak. bukan takat isinya yang mmg rabak, tapi fizikalnya juga begitu..tengahari td bukak wallet, nampak yg koyak.malu kat hani (aku tau ko pun mungkin dah xlarat tengok), tp aku belum mampu nak beli wallet yang aku suka.nanti kumpul duit pelan2..


td aku bukak wallet lagi sbb nak masuk duit dalam tabung. nampak lagi yang rabak nye tu..tergerak nak belek2 wallet aku.banyak benda lama yang aku simpan, dan xmungkin aku buang ( selagi ada nyawa aku n selagi waras la-kalo aku lupa ingatan ke hapa ke terkecuali la ye-choi choi..mintak dijauhkan)



no 1 : gambar bapak.






aku letak pic ni kat muka depan skali.slalunya sebelah menyebelah dgn pic aku masa tingkatan 4.tp lately ni aku suka sorok kat blakang pic bapak je pic aku tu..hehe.aku rindu bapak. sampai skang aku ingat lagi bau kepala n bau kain pelekat dia..bau kepala? sebab aku slalu kena cari uban bapak dulu. kain pelekat? biasa la..mak slalu bising2 bapak main longgok je kain, xgantung..bau rokok pun melekat..hehehe..rinduuu bapak..



no 2 : tiket zoo negara


ni tiket p dating dulu..hehehehe..1st time kluaq ngan lelaki xdikenali nih.(merangkap my beloved husband la nih)..hehe..perati btl2 date tu..20.06.2004.ni pun dekat setahun kenai baru kluaq ni...hehehehehe..p zoo je..tu je yang senang nak pk time tu.



no 3 : resit minyak lori bapak



lebih kurang 12-13 tahun dah aku simpan resit ni.sebelum bapak meninggal lagi.Ada sign bapak kat situ..blah blakang dia bapak tulis no fon kakak sulung aku. no hp dan no rumah..kalau aku tanya balik kat kakak aku xtau la dia igt ka dak lagi no fon dia ni..

Bapak keje kat Teong Seng Chan Transport (M) Sdn Bhd. Dulu masa aman ada aku slalu borak2 pasal kenangan kami ikut bapak naik lori, p kilang Mattex (buat atap-kat PJ), makan roti bakar, roti canai terbang (ni norman punya keja), berak kat tepi tangki minyak(ni pun norman punya keja) pastu mcm2 lagi la..skang kenangan tu ada kat aku sorang je.dua2 dah takdak..kalo sok2 aku xdak, aku xdak anak pun nak crita semua ni..hmmmm..aku sedih..aku rindu bapak..lagi rindu kat norman..hmmm...

no 4 : kalendar proton 2004

kalendar ni kawan aku bagi..time tu kilang kat tg malim baru bukak..ada gambar stering proton kat kalendar tu.hasilnya :? aku bawak proton jugak la ni..kalo aku simpan pic stering ferrari agaknya mesti aku dah ada ferrari sebijik (juga merupakan angan2 aku)


no 5 : Permit menguburkan

kalau aku baca banyak2 kali kertas ni hati aku rasa meruntun sgt.macam kena carik.aku akan tengok banyak kali nama si mati..dengan berharap nama tu bukan nama aman. pastu aku lipat dan simpan cepat2 sbb aku tau nama tu xkan bertukar dah..

no 6 : resit kenderaan jenazah

aku n suami p bayar. mak dah tak boleh bgn..tp kat situ tulis nama mak..



no 7 : resit currier barang norman






ni aman tinggal masa tido kat umah aku..masa dia nak konvo. ntah apa yg di pos. tu sign n nama dia..tu la tulisan tangan aman..macam tulisan siam kan..hehehehe..aman..aman..



no 8 : resit shopping barang raya terakhir



dia nak tali pinggang kaler kuning je kat kedai tu..


hmm..yang lain2 xdak dlm wallet aku yg rabak tu, tp ada dlm simpanan aku



no 9 : birthday card




ni birthday card yang aku xsempat nak bg dia..aku pilih gambar kasut bola..sbb dia ada kasut bola yang dia beli sorok2 sbb takut mak marah.aku nak poskan kad tu, aku mintak alamat dia kat UniKL. sampai kesudah dia xbagi..aku nak dia tau yg aku igt birthday dia, walaupun xdak hadiah besar..



no 10 : Label Kematian Kes Polis


Yang ni pun aku akan baca 2-3 kali..dan akan cepat2 simpan..aman...aman...akak rindu aman..


errr...tapi kan..bila sebenarnya aku dapat beli baru wallet ni ekk????



ko kata aku 'blackout' ye...

salam,

harini aku kena marah. tp xla xbest.dan bukanlah sonok jugak kena marah ni lebih2 lagi yang marah tu titlenya General Manager (GM). GM tu ape ye? untuk adik2 yang tengah berpikir2 nak letak apa dalam kad 001 (ada lagi ke kad ni?) atau tengah berkira2 apa nak jawap bila cikgu tanya apa cita2 korang, GM tu dalam bahasa Melayunya Pengurus Besar.. Badannya tak semestinya besar..tapi hati mesti besar...hehe..kiranya org yang paling power la dlm company tu..
berbalik kpd isu kena marah ni..hmm..aku rilek2 je td..hehe..sbb dah selalu sangat agaknya kena marah. masa 10 minit yg dia bg utk cari dokumen yg dia mintak pun aku sekadar selak2 skit je kat meja haza.haza cari pun tak jumpa apatah lagi aku yang rabunnya lebih kurang haza jugak..siap leh ber bb lg.kalo jumpa tu rezki dia la..kalo tak jumpa bala aku la..terima je.
hmm..
ayat2 seperti :
a) u didn't do your job
b) u shud manage your portfolio
c) u ni miss pelupa
d) kalau salah je mesti u
e) u was wrong
f) u macam budak tadika
dan lain2 lagi sudah terlampau sebati dah kuar dr mulut dia..wat tak tau je..nanti susah nak itu ini ko cari aku jugak.hehe..
tp yang tbuat aku tersentap skit (korang boleh gayakan aksi aku kalo mau) kuar lak dr mulut longkang ayat kategori smash direct. ko ni "blackout" skit..dan statement tu disokong oleh org tua itu..
blackout???
yang aku tau, black tu engkau..sbb ko sorang je yang paling black dalam company aku ni.
mungkin out tu je utk aku..

whatever..
ko kata aku blackout ye..kalo sok2 aku jd org2 besar TNB, umah ko la no 1 yang akan pakai pelita minyak tanah sbb xdapat bekalan letrik (tu angan2 aku je tu)..

dan moga2 kutukan2 korang tu tidak berbalik semula kepada korang, anak ataupun cucu korang yang sentiasa cemerlang itu..

sekian..dr aku yang akan terus mendapat motivasi dari game Colorball atau Mall world dalam FB.

WASSALAM

Wednesday, January 19, 2011

tata 2010, welcome 2011 :)

semak punya semak rupanya2nya lama sungguh x ber'blogging'..xdan..dah 19 hari masuk tahun baru 2011..last post masa mak kat tanah suci lagi..skang mak dah balik..weeeehuuuuuuu!!!!! alhamdulillah..mak sihat, selamat n maintain cun..cayalah mak!! first time experience tunggu org balik dr mekah ni..seronak sangat rupanya.. tak tau nak kata..syukur sangat2..alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..sempat aku jumpa mak..mudah2an Allah murahkan rezki mak, dipanjangkan umur mak, diberi ketenangan hati n harap2 mak ceria2 selalu..hehe..errr...kalo aku yg ke mekah org sonok dak tunggu aku balik nnt ek??? xpe2..iklan je..



hmm..apa yg jadi lagi ye..selang 6 hari mak tiba kat Malaysia, genaplah setahun aman pergi..sekejap sangat kan..dengar2 lagi suara aman ngajuk2 org sana cakap, org sini cakap, mintak duit..akak asyik mimpi aman je 2-3 hari ni..rindunya kat aman..bila la nak jumpa aman lagi....



last yr jugak 1st time aku jumpa mak mertua n adik bradik sebelah suami..hehe..jadi pengantin baru lagi skali pas setahun setengah kawin..siok...siok..



this year??



hmmmm...aku akan dapat bos baru.ntah apa nasib.mcm xbest..tunggu dan lihat..



lagi??

aku masih berdua lagi ngan laki aku..ntah bila nak bertiga pun xtau..(maksud aku baby ye..bukan bertiga kut lain..otak jgn kona-kona)..Allah nak uji..sabar..rezeki tu datang dari Allah..sabar...inyaAllah..(sedih dan emo..huhu..)



motivasi keje pun x brapa nak ada.environment keja yg xbest..rindu kat en. baha..kalau en baha ada lagi, x la tunggang langgang sgt idup kat opis tu rasanya (walaupun time dia ada tunggang langgang gak-tp bleh tahan lagi..)..tp tu KALAU..Bapak cakap KALAU tu memang x wujud..dalam kamus xada..betullah tu..walaupun ko rasa nak bangkang (sbb rasanya ada dalam kamus), baik diam je sbb yg sebenarnya KALAU tu xpatut wujud pun dalam kamus hidup kita nih..



lagi hape?..hah, tahun ni kalo bleh nak setelkan hutang semaksima mungkin..takut tak sempat..setel awal2 senang..manage..manage..sebut pasal manage, td pagi dlm meeting asik kena taruk je..u shud manage your portfolio..manage ur portfolio..dok ulang yang tu je..ada jugak yang kena selotape mulut satgi nih..habih tu ko ingat aku datang opis ni duduk saja cukup time aku makan???hisy...sekali aku sepak,bisu nanti..isy...sabar..sabar..



k la..ngantuk dah..nnt xterjaga lak sok. oh lupa..kat opis dah xleh nak view any blogs to get info..MIS yang cemerlang dah block..okeh2..xpe..whatever..



dah..dah..ngantuk..salam..tata..