Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............
Showing posts with label koje... Show all posts
Showing posts with label koje... Show all posts

Monday, October 10, 2011

cukup!!



aku bukan nak tunjuk besar kepala..pun bukan nak tunjuk aku ni ngada2..tp cukuplah..aku dah tak tahan

memang aku berkurang ajar dengan kamu. sebab pada pikiran aku, berkurang ajar itu kadang2 perlu utk org yang kurang ajar seperti kamu!!

aku bekerja utk mencari keredhaan Allah dan keberkatan rezeki. bukan bekerja untuk orang seperti kamu!!

sekian..


Saturday, January 29, 2011

Jom EL !!!

dah 2-3 hari aku rasa stressed. marah..sedih...macam rasa di awang-awangan lak (yang pasti aku bukan di kayangan)..melangkah pun rasa xjejak bumi (juga bukan menunjukkan yang aku ni ponti***k - sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul)..

Dengan berbekalkan semangat sebanyak 0.01% semasa stat enjin menuju ke tempat kerja dan membawa pulang -1,000,000% semangat(xpasti istilah matematik ni betul atau tak), dan juga duit tol yang telah dihabiskan sebanyak RM 8.80 setiap hari, hanya untuk bekerja dengan penuh rasa tidak bersemangat, di perli dan dimarahi (isy..macam kronik betul aku ni) adalah satu Pembaziran dan Pengorbanan yang sia-sia...

Ye, aku bukan pekerja cemerlang. Tapi aku pun bukanlah pekerja yang tak menyumbang apa-apa pun dalam organisasi ni. walaupun tak banyak mana agaknya..yelah..takat jaga groceries, apa la sangat...xbrapa sen pun sales dia..hehehehe..

oh ye,
kepada kamu yang telah memadankan muka aku (atau kata lainnya-Padan Muka ko Mariani)dalam mesyuarat yang ala-ala mesyarat tingkap tu, aku ada beberapa pesanan utk ko (kalo ko baca n3 aku ni la-kalau ko tak baca pun ada aku kisah???) :

1. langit tak selalu cerah (ada siang-ada malam, ada panas-ada hujan)
2. rambut tak selalu hitam (makin memutih mcm rambut ko)

dan utk segala pertolongan yang ko mintak dr aku, aku dahului dengan kata2 :

MAAF, aku takkan tolong kamu -waaah!!!!kejamnye...i like :) :)

dan aku pun EL pada hari keesokannya..sekian..hehe.. (moh EL ramai2...)

p/s : wallet yang aku aim tu dah dibeli org dengan diskaun 40%..aku sangat sedih hingga ke saat ini..

SEKIAN lagi skali.. TATA

Friday, January 21, 2011

ko kata aku 'blackout' ye...

salam,

harini aku kena marah. tp xla xbest.dan bukanlah sonok jugak kena marah ni lebih2 lagi yang marah tu titlenya General Manager (GM). GM tu ape ye? untuk adik2 yang tengah berpikir2 nak letak apa dalam kad 001 (ada lagi ke kad ni?) atau tengah berkira2 apa nak jawap bila cikgu tanya apa cita2 korang, GM tu dalam bahasa Melayunya Pengurus Besar.. Badannya tak semestinya besar..tapi hati mesti besar...hehe..kiranya org yang paling power la dlm company tu..
berbalik kpd isu kena marah ni..hmm..aku rilek2 je td..hehe..sbb dah selalu sangat agaknya kena marah. masa 10 minit yg dia bg utk cari dokumen yg dia mintak pun aku sekadar selak2 skit je kat meja haza.haza cari pun tak jumpa apatah lagi aku yang rabunnya lebih kurang haza jugak..siap leh ber bb lg.kalo jumpa tu rezki dia la..kalo tak jumpa bala aku la..terima je.
hmm..
ayat2 seperti :
a) u didn't do your job
b) u shud manage your portfolio
c) u ni miss pelupa
d) kalau salah je mesti u
e) u was wrong
f) u macam budak tadika
dan lain2 lagi sudah terlampau sebati dah kuar dr mulut dia..wat tak tau je..nanti susah nak itu ini ko cari aku jugak.hehe..
tp yang tbuat aku tersentap skit (korang boleh gayakan aksi aku kalo mau) kuar lak dr mulut longkang ayat kategori smash direct. ko ni "blackout" skit..dan statement tu disokong oleh org tua itu..
blackout???
yang aku tau, black tu engkau..sbb ko sorang je yang paling black dalam company aku ni.
mungkin out tu je utk aku..

whatever..
ko kata aku blackout ye..kalo sok2 aku jd org2 besar TNB, umah ko la no 1 yang akan pakai pelita minyak tanah sbb xdapat bekalan letrik (tu angan2 aku je tu)..

dan moga2 kutukan2 korang tu tidak berbalik semula kepada korang, anak ataupun cucu korang yang sentiasa cemerlang itu..

sekian..dr aku yang akan terus mendapat motivasi dari game Colorball atau Mall world dalam FB.

WASSALAM

Saturday, July 24, 2010

hari sabtu..

Bila tiba hari SABTU aku rasa macam nak relax je kat rumah, xpun nak jalan-jalan..kalau la dapat semua tu kan best.

tapi kalau tiba je hari SABTU, banyak sangat keje yang kena setelkan. SABTU la nak kena p opis. SABTU la problem banyak jadi kat kedai. SABTU jugak kedai-kedai susah nak tepon aku sebab org yang jaga call dok sibuk tgk rancangan ulangan kat Astro. Disebabkan tu, hp aku asik berdering pada hari SABTU. xpe lah...

Tiap hari SABTU slalu rasa nak balik kampung. Nak tengok mak, nak tengok adik, nak ziarah pusara bapak ngan aman. Tapi tanggungjawab kat sini pun xsetel lagi. Semuanya tentang tanggungjawab. Tanggungjawab sbg pekerja, tanggungjawab isteri, tanggungjawab jadi anak..Hmmm..berat tuh..tp untuk mak, SABTU depan anje balik ambik mak k..tungguuuuu....

Perasaan lain bila tiba SABTU?? Kalau boleh semua kerja nak beres pada hari SABTU. Sebab esoknya nak relax puas-puas. Nak kemas meja opis, nak p shopping (kalau berduit) nak facial...tu antara aktiviti yang dah lama ada dalam diari pada hari SABTU. masih xsattle lg.

Rutin kat rumah setiap SABTU? Mesti pegi pasar SABTU atau pasar Malam Paya Jaras utk beli barang2 basah. Hari SABTU je dah merangka-rangka apa yang nak dimasak malam SABTU dan esok paginya.Plan je la pun. Masaknye yang itu-itu jugak..hehe.. Kalau xdapat pegi malam SABTU tu, terpaksa pegi pasar pagi selepas hari SABTU.

Hari SABTU memang best! Bos xde, orang pun ramai xde..SABTU minggu KSK slalu dapat aerobik..tp SABTU ni cuma ada Ah Keong..Ah Keong ambik tangga, park kat depan meja ni..bebel2 yang aku tak paham. last skali masa dia turun tangga cuma tengok dia geleng kepala dan cakap 'Datuk...Datukk..' pastu Ah Keong pun blah..Mungkin dalam hati Ah Keong kata, 'Ini bala hari SABTU'...

p/s : Enjoy your SABTU!!! TATA



ah Keong tengah keje ari SABTU

Friday, June 4, 2010

cik siti wan kembang:episod 3

Yeay..

Harini hari ke 3 aku kat cni..bmakna dh sampai masa utk aku balik..aku mmg xsbr2 nak balik..letih sgt dah rasanya ni..

Aku smpai je kt airport ni,org bersesak..mcm puduraya..punya la ramai..dlm hati aku kata mgkin cuti skolah..sbb tu ramai.tp aku xnampak lak ramai bdk2.hmmmm xpe la..apa2 je.

Kaunter person check in yg lembab membuatkan aku sikit angin arini..sian makcik pakcik letih berdiri..mcmn la diorang leh amik mamat tu keja..slow..sakit hati..

Tunggu pny tunggu rupanya flight delay pulak..alahai..time nak cepat,time tu la mcm2 dtg..geram btl..melangut lg la aku mcm org bodo,xtau nk buat apa.

Akhirnya masa yang aku tunggu dah tiba..dah ada dalam perut pesawat..aku dah terbayang umah aku, kreta aku, laki aku..macam dah nampak mak ngan adik jugak..eeee...cepat la sampai..Yeay!!!! Nak balik!!!!!


Wednesday, June 2, 2010

cik siti wan kembang:epidod 2-bala dtg lg

hmmmm...

aku dah selamat mendarat.alhamdulillah.Singgah kat kedai Pengkalan Chepa jap sblm ke Kem Desa Pahlawan. Sampai je kat kedai, bermulalah episod xbest utk diri aku pd hari ini..

ECM I bgtau yang harga Prihatin n TRSM yang aku igt end date 30 Jun, rupa2nya end 1 Jun iaitu semalam..Maknanya, 1 Malaysia pny harga xpickup harga yang betul harini. Aku silap.Mmg salah aku. Hadeh....letih btl mcmni..Mmg putus mood nak sambung CSI ni. Nasib baik respondent kat kem ni ok2..berpusu2 nak isi borang tu,Penat jugak la nak explain dan dengar luahan perasaan makcik2 kat cni..


Sebelum tido berlaku satu perkara yang membuatkan darah aku MENDIDIH sangat2..Org kata mati semut kerana gula..Haaa...ni ada org nak kena sepak sampai mati pun sbb gula gak nih..meh kita tengok dialog2 org2 tua xsayang mulut ni..


Pegawai A : Salam, mohon tambahan stok gula utk PN 0**
Pegawai B : Maklum..akan di arrange
Pegawai A : Tk Daun Keladi

** Aku senyum je masa ni..Dalam hati aku kata dah malam2 pun dok pk pasal stok gula lagi...hmmm..rupa-rupanya ada sambungan lagi..

Pegawai B : Sapa lagi yang takde gula?

** aku pun mencelah jap sebelum tido..

AKU : Semua
Pegawai C : Ko kena tanya sapa yang ada gula hehehehe...

** Aku senyum lagi..dengan harapan nak terus lelapkan mata..ingatkan dah abis..Rupanya2 ada sambungan lagi..kali ni dari pegawai yang lain..Lebih sopan kiranya aku memperkenalkan diorang ni sebagai Warga Emas 1 (WE 1) dan Warga Emas 2 (WE 2)walaupun mulut depa ni macam longkang..

WE 1 : Aku tunggu dah lama. Mariani JANJI nak bg tapi sampai la ni xde berita

** Aik..bila masa pulak la aku janji..dalam hati dah ada api..tp xpe..jawab dengan penuh sopan...rilek..rilekk

AKU : Mmg saya sengaja xbagi la tu
AKU : saya kan slalu tahan gula kat kilang tu xbagi keluar
AKU : Kalo dia nak bagi pun kan saya slalu kata xpayah
AKU : Dan lagi best kalau saya dapat gula kan saya slalu sorok kat rumah..

** Hmmm...hati aku ni mcm dah bengkak tahan sabar..harap2 warga emas ni paham la hendaknya ayat marah berbunga2 aku tu..nak sound direct kang gugur lak jantung dia.. Tapi tiba2, ada sekor lagi malaun warga emas mulut longkang menyampuk..

WE 2 : WE 1, awak dah lama minta, kesian. Saya dah lama lagi xdapat. Lum** (nama lokasi) minta terus dapat. apa macam..

** Hah..ni mmg darah aku dah stat mengelegak..Ni dah masuk unsur fitnah ni..

AKU : Bila Lum** dapat???????
WE 2 : Kalau kata tambahan maknanya dah dapat la kan...

** Ni bukan setakat mulut longkang..Ni dah masuk lubang jamban dah ni..kuang asam betul..Xpe la..bagi mengakhiri sesi tuduh menuduh ni, aku pun mengeluarkan kata2 terakhir dan melabelkan warga emas ni sebangai mulut standard kena koyak..

AKU : Lum** dapat gula sama dengan region WE 2 dapat. Apa yang TERUS DAPAT?? Saya xlarat nak explain, bukan korang nak percaya pun. Kalau nak, korang boleh tny Pegawai A sendiri. Saya dah minta bantuan agihan pada Pegawai B. Boleh rujuk pada dia nnt. Saya xuruskan pasal agihan lg. Tq n selamat malam..

** Skit sebanyak kurang skit rasa marah aku walaupun xpuas. Mmg ingat nak maki je. Hmmm biarla..aku tekad xmau amik peduli lagi pasal grup discussion depa ni..lantak korang la..Sorang pegawai cuba nak tenangkan keadaan..

Pegawai C : Sudah la, pasal gula yang bape sen tu pun nak gaduh, bukannya leh up kan sales region pun.

Dan, ayat tu telah dibalas dengan cara yang *^&$%&*

WE 2 : Betul. Jual gula tak naik jualan. BELAJAR LEBIH SIKIT. Produk ni produk berkait. Cuma nak menyakat MARIANI je. Region saya dah lama xjual gula saya tak bising pun cuma bila Pegawai A cakap gula saya sengaja MENYAKAT MARIANI.

** Hape????menyakat..taik kucing korang!!korang tau dak MENYAKAT korang ni direct kat GM tau dak?? Hape bodoh sangat korang ni ha???? Blajar lebih sikit???? Korang pun ptt blajar lebih skit cara2 nak bersopan dengan org..

** Tapi aku paling suka part lepas ni.. Isteri Pegawai C yang kebetulan pegawai di company aku ni pun membela kenyataan suami dia.. Simple je..dan lepas tu, semua org diam...

Isteri Peg.C: Saya rasa xde org yang diam bila jadi krisis gula ni. Pasti semua buat aduan kat Jabatan ***..yer tak??Cuma sepatutnya cara aduan tu dengan cara yang lebih baik..bukan la dengan sakat menyakat sbb mgkn menyakitkan hati org lain. Ada org yang cuba menenangkan keadaan ttp disalah ertikan..Betul cakap WE2, gula tu barang berkait, Pegawai C patut blajar lebih dari WE2.TQ sbb ingatkan betawa pentingnya jualan gula..

** Hehehehehe..korang nak perang ke, nak hapa ke..ikut suka korang..ayat terakhir tu buat aku tersenyum sampai ttido..tata...


cik siti wan kembang: episod 1

Menengok pd title tu menandakan aku nak ke kelantan harini..berkampung kat klcc sorang2.jam 4.30pg aku dh keluar umah.eeee...xbest betul.ikutkan hati,aku lebih sonok naik kreta.bukan apa,keadaan perut aku yg cepat lapar ni agak menyusahkan kepala hotak aku bl xdak kreta..tp memandangkan aku xmau tragedi terlanggar beruk berulang, aku tpaksa jugak la menanbahkan lg pendapatan si Tony Fernandes ni.

semalam, husband aku dah tny..bln ni byk outstation ke? Fobia agaknya dia..slalu sgt kena tinggal..lepas kami kawin aritu,seminggu je aku ddk kat rumah..pastu aku trus kuar..secara puratanya ada la dlm 2 bln aku jd musafir.bonet kreta tu dh jd mcm almari aku..check in hotel pn dah xlarat nak usung beg..main angkut je berus gigi,suar baju selai-selai..hmmmm...tu kenangan je tu..la ni,aku bgtau husband aku,kuar pun xlama..plg bangkai pun 3-4 hari je..

Sambil menaip ni, aku rasa ada la dlm 800 kali aku nguap(aku xkira pn)..ngantuk betul.dlm flight nnt aku nak tdo je..nk kumpul energy utk tugasan kat sana nnt..k la..kang aku sambung dlm episod seterusnya k..tata



Monday, September 28, 2009

Perkataan Hari Ini...

Mari kita tgk perkataan2 dari bilik bos besar hari ini...

You se.... - Notification facilities - System 280 ada masalah - You should know - Random checking - What happened? - Why it's happen? - Call shops-Your Responsibility-You didn't do your job - SINBIN - Product yang tiada barcode tidak boleh dijual - 25148 - Inhebit - Region shop sahaja - Dont have Passion - Ownership - Your Roll - Business Manager- Whole business Process - You're not a buyer - 2 weeks?? - Payment - xkan asyik nak mintak statement??? - Happy - Shop Needs ME - You are not doing your job - Your Job was not done - Call Mah Hussin sblm I yang call dia - Kutu - Makcik kutu bok bek bok bek - We did mistake - We learn -YOU'RE FAILED TO DO YOUR JOB-

Banyak lagi sbnrnya..tp ni yang terngiang ngiang..mana aku nak cari motivasi lagi ni????

Saturday, August 29, 2009

How to describe PERNAMA??

Ada org tny aku, aku kerja kat mana. aku cakap kat PERNAMA. apa??? BERNAMA??? Tak la..PERNAMA...


Oooo..PERNAMA tu buat apa ye..Cerita la skit....Aku pn bla bla bla la crita.. Tapi lepas ni aku rasa malas nak crita. Sapa2 yang nak tau PERNAMA, meh kita tgk gambo kat bawah ni...

Aku suka pic ni..tu pun kalo korang paham la maknanya..hehehehe...k la..adios..

Tmn Negara : Episod Akhir

hmmm... kita dah sampai ke last episode dah. Pagi2 lagi kitorang dah siap2 nak ke Tmn Negara.. Perasaan aku masa tu????? Rasa macam p rombongan warga emas.. Lawatan sambil belajar bersama penghuni rumah org tua2...tp xpa la..cepat abis, cepatla aku balik umah. Letih sangat dah..



Ni la bas yang bawak kitorang.. Pakcik bas siap bagi kebenaran ddk kat tempat drebar masa nak tangkap gambar..Heheheh..Hani je yang duduk..Tengkiu pakcik..

Gambar sebelah tu pulak masa nak naik bot tu..best tau...

La ni kami dah naik bot dah..bot tu rendah je..rasa macam nak jatuh dalam sungai tu je..Aku rasa apa ek masa ni??? Ha...aku rasa kami ni sebijik macam org asli...siap ngan jakun lagi..lengkap la kiranya..tp bukan aku la..tu org lain...hehehehe

Okeh, turun je dari bot, kami dah stat mendaki..isy..isy..


Tengah-tengah pendakian tu, kitorang terserempak ngan sorang org asli yang menjadi glemer tiba2 sbb org tu mengingatkan kami kat Musa warehouse..Maka, sempatlah dorang mengabdikan kenagan ngan pakcik tu dengan perasaan gembira..ngeh ngeh...


Lepas sampai kat atas, kitorang kena tunggu lak utk naik canopy walkway ni..kat atas tu kitorang tengah tunggu turn nak naik..Ha..dalam gayat2 tu, sempat lagi aku posing..hehehe..tp mmg gayat..tak tipu..

Ekspidisi dah abis dah masa ni..Tunggu turn je nak naik bot p kat bas.Walaupun best aku ada sikit kecewa sbb xdapat p tempat banyak ikan.Padahal tu la yang aku tunggu2. Tp xpala..xdak rezeki..ni pun dah nak petang dah..p ngan org veteran la katakan..tu yang pergerakan jadi lambat sikit tu..hehehe..
Anyway, dalam penat2 dan seronok2 aku kat sana, aku nak ucapkan terima kasih kat suami merangkap big boss aku sbb bagi izin p sana..sian die...kena jaga rumah..Thanks abang..Luv u so much..



Saturday, August 22, 2009

Tmn Negara : Episod 2

Salam...

Berjumpa lagi kita di episod ke 2 Kronologi Taman Negara..Hmm.. masuk hari kedua meeting ni letih betul. Otak ni memang xdak kat Temerloh dah.Ingat nak balik je..

Hmm..dah petang benor meeting baru abis. Tp mlm ni sambung lg skit..hisy..malas btl.dah la menyampah tgk 'si kuat tido'.boring btl dgn dia tu.belagak nak mampos.

Okeh2..berbalik pada kronologi Taman Negara. Hah..Haza xdak sport shoe. Aku ada la jugak walaupun dah nazak. Senja tu jugak haza ngan anas p ronda kat pekan temerloh utk cari kasut. As a good buyer, dia berjaya cari kasut yang paling murah.Well done my pren.. Meh kita tengok kasut cik Haza kita ni..Brand ape??? Jom tengok.



Model sedang menggayakan kasut yang baru dibeli


Kasut Cap JinWei???Jin dari mana ni??

Apepun, bagi satu tepukan gemuruh utk tuan punya JinWei kerana bersemangat utk pengembaraan esok...
Bersambung di episod terakhir....

Friday, August 21, 2009

Tmn Negara : Episod 1

Salam readers,

Haaa...Entry kali ni berdasarkan kronologi ke Taman Negara. Yang sebenarnya, tujuan utama ke Temerloh ni sbb kena attend ABE Meeting kat Steven punya hotel ni. Tapi kalo title dia pasal meeting, mcm xsemangat nak tulis..hehe..
Carpool ngan Haza, sejam setengah je sampai Temerloh dari Klang..Isy..isy.. Auntie Haza..jangan bawak laju2...bawak bini2 orang tu..huhuhu..

Sampai je kat hotel, aku tekejut nengok bonet kreta Haza.. Mak aiii.......punya la penuh..rupa2nya, Mummy Damia si Hani yang tengah active breastfeed ni bawak semua kelengkapan utk mengelakkan masalah keputusan stok.. Isy isy..tabik spring la kat Mummy Damia. Aku rasa xramai org la ni yang gigih nak bagi anak2 susu badan..
Bagus...Bagus..tahniah..semoga jadi contoh buat org lain..lebih2 lagi untuk aku..hehehehe..Meh kita tengok hasil usaha Mummy Damia ni..
Ni memula sampai...

Ni dah susun2 jadi banyak..bestkan..untung Damia..


Ni bekal botol susu


Haaa...part yang paling best tengok bekas ni dalam bilik hotel..Jangan tak caya...bukan senang nak usung benda ni...bukan senang nak jadi mak..Bukan senang nak jaga anak. Anak2 bila dah besar jangan melawan cakap mak..Tengok susah payahnye mak ayah jaga kita...Huuuuwaaaaaaaaa.........

To be continued.....


Sunday, July 26, 2009

Tragis...Felda Kechau, Pahang

Setelah 7 hari keluar ke Pahang dan Kelantan, kami nak balik kl pada hari ke 8 nya. Dah xtahan sangat dah duduk merantau2 ni..berakhirnya trip kat kelantan menandakan berakhirnya penjelajahan CPD ke seluruh kedai Pernama di Semenanjung. Aku ada 1 hari je utk tdo kat umah sblm keluar lagi seminggu utk ke Miri (dah ada pn kat cni) n K.Kinabalu..

Sblm aku nak crita apa yang tragik sgt tu, aku nak crita skit pasal Pahang n Kelantan. Kat Pahang, xbanyak sgt nak crita. Sbb aku dah agak biasa ngan jalan2 n tmpt2 kat ctu.cuma kat Bukit Ibam tu je yang menakutkan skit..sbb kedai Pernama btl2 kat ulu banat..redah je la..Tp travel ke Pasir Putih tu mmg memenatkan btl..LETIHNYE...

Smpt jugak la jalan2 kat 'Makam Che Yeh' (fizi kata...)..

Hmm..peristiwa tragis ni berlaku lepas je kitorang brenti kat Petronas Felda Kechau..Aku rasa bersalah sgt sbb dah langgar sekor kera@ beruk @ monyet (xsure) sampai mati..sumpah aku xsengaja..memula aku xnmpak..pastu masa dah nampak dah dekat sgt dah..xsmpat nak elak.jenuh aku brek smpai bunyi, xdan jugak.

Kepala lutut aku menggigil lagi sampai la ni. kalo la korang paham perasaan aku lepas langgar kera tu...hmmm...sedihnye...

Friday, January 30, 2009

End of Nightmare




Hmmm..

CSM baru abis. LEGA....tapi banyak keje yang nak kena buat.ntah gaya lagu mana nak wat minit. meja bersepah-sepah..tray in toksah nak kata.sepenuh-penuh meja ni, semua in belaka. xdak yg out.kalau out tu yang masuk dalam tong sampah ja..tu ja yg consider out.


kat atas tu bukti keadaan meja aku..penat btl.ujan lak.nak balik terus pn xleh.payung xdak.balik nnt aku dah berazam nak makan nasik goreng seafood dengan cencaluk yang kak rosina bagi td..pergh..sedap tul..sampai ke tekak dah ni..


alamak..rindu la pulak kat sufriey mikhael. tringat lak kat aufa awliya.kat nurul iman ngan nurul izzah pun mandak rindu.sufya mellysa dah abis cuti bersalin..hehehe.sufyan mukhreez dah stat skolah. minhal kazim kata dia xnakal kat skolah (leh caya ke???).haa..najla nurizzati mmg xnakal kot.kuat nangis je..hehe..mandak rindu semua la..

Tuesday, January 13, 2009

my First posting..my work..my NIGHTMARE

yiiieeEEEHHAAAaaa

12.33am

i oredi finished my 1st learning to create this blog. Many thanks to my sister...(mekasih kak..nanti buatkan aku nasik daging lagi ye..).

Nobody's here except mek da n my bro..aman @jeff. The rest flying to Africa oredi ...(maybe..or they can choose wherever they wanted to go..in their dreams..) I still try to finish this paperwork..sauce, ketchup,sardins, instant gravy, noodles, detergent, dishwash liquid,coffee, tea...or..me???PENATnye

ahhhh.whatever..

now, the most important thing now is how to face my nigtmare @ CSM Meeting.. Menyampah btl meeting ni..datuk pesan, jangan jadi DAYUS..baru haritu la aku tau maksud dayus dalam bisnes sbnrnya...hehehe..

k la.. se U in my next post