Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Saturday, July 24, 2010

hari sabtu..

Bila tiba hari SABTU aku rasa macam nak relax je kat rumah, xpun nak jalan-jalan..kalau la dapat semua tu kan best.

tapi kalau tiba je hari SABTU, banyak sangat keje yang kena setelkan. SABTU la nak kena p opis. SABTU la problem banyak jadi kat kedai. SABTU jugak kedai-kedai susah nak tepon aku sebab org yang jaga call dok sibuk tgk rancangan ulangan kat Astro. Disebabkan tu, hp aku asik berdering pada hari SABTU. xpe lah...

Tiap hari SABTU slalu rasa nak balik kampung. Nak tengok mak, nak tengok adik, nak ziarah pusara bapak ngan aman. Tapi tanggungjawab kat sini pun xsetel lagi. Semuanya tentang tanggungjawab. Tanggungjawab sbg pekerja, tanggungjawab isteri, tanggungjawab jadi anak..Hmmm..berat tuh..tp untuk mak, SABTU depan anje balik ambik mak k..tungguuuuu....

Perasaan lain bila tiba SABTU?? Kalau boleh semua kerja nak beres pada hari SABTU. Sebab esoknya nak relax puas-puas. Nak kemas meja opis, nak p shopping (kalau berduit) nak facial...tu antara aktiviti yang dah lama ada dalam diari pada hari SABTU. masih xsattle lg.

Rutin kat rumah setiap SABTU? Mesti pegi pasar SABTU atau pasar Malam Paya Jaras utk beli barang2 basah. Hari SABTU je dah merangka-rangka apa yang nak dimasak malam SABTU dan esok paginya.Plan je la pun. Masaknye yang itu-itu jugak..hehe.. Kalau xdapat pegi malam SABTU tu, terpaksa pegi pasar pagi selepas hari SABTU.

Hari SABTU memang best! Bos xde, orang pun ramai xde..SABTU minggu KSK slalu dapat aerobik..tp SABTU ni cuma ada Ah Keong..Ah Keong ambik tangga, park kat depan meja ni..bebel2 yang aku tak paham. last skali masa dia turun tangga cuma tengok dia geleng kepala dan cakap 'Datuk...Datukk..' pastu Ah Keong pun blah..Mungkin dalam hati Ah Keong kata, 'Ini bala hari SABTU'...

p/s : Enjoy your SABTU!!! TATA



ah Keong tengah keje ari SABTU

No comments:

Post a Comment