Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Wednesday, September 8, 2010

8.9.10

harini 8 September 2010. Kalau ikut bulan Islam, harini dah 29 Ramadhan 1431H. Maknanya tinggal sehari lagi nak raya. Jujurnya, aku memang xperasan langsung dah nak raya. Aku tau dah nak raya bila supplier call n wish Slamat Hari Raya hari Khamis lepas. Perasaan aku masa tu? Terkejut..tapi tak mengelabah sangat. Kuih, baju, tudung, semua takdak. Rilek2 je. Pakai baju lama pun aku tak kisah..Cuma nanti kalau takde baju baru mak bising. Mak kata dah kerja, dah ada duit, dah mampu, beli la selai..ok la mak..anje beli..iwan pun nak beli. Tapi dah takde saiz. last minute. Tgk la kalau rajin malam2 satgi tgk untuk iwan pulak. Ramadhan dah nak habis.sebak pulak aku rasa. kalau la boleh Ramadhan ni panjang lagi, kan best..setan ngan hantu kena ikat lama sikit..ahli kubur lepas dari seksa kubur pun lama sikit..teringat pulak dekat norman..macamana la raya ni bila aman xde. ni yang aku rasa nak balik umah cepat2..nak jenguk kubur aman..nak lepas rindu kat aman. hari2 aku teringat kat aman.dah nak masuk 9 bulan aman pegi..dah nak masuk 9 bulan jugak air mata akak menitik bila teringat aman, masa solat, dalam bilik air, depan pc, dalam kereta, p kerja, balik kerja..terbayang muka aman je hati akak koyak dah..akak xnak nangis.nanti aman xtenteram kat sana. tp air mata akak asik menitik jugak..tp xpe..akak kesat cepat2..org xnampak. bila aku p shopping haritu, aku asik terpikirkan aman..aman segak dak kalau pakai baju macamni, kalau pakai suar macamtu ok tak..kasut yang jenis tu nampak ok tak, baju kaler tu nampak gelap sangat dak.aku lupa aman dah xdak..yang tinggal adik asri. adik ok je kalau ambik yang macamanapun..xde kawan akak nak bergaduh lagi time pilih baju raya. last kita shopping akak suruh aman ambik apa je yg aman nak. vest yang aman nak sgt tu pun amik lah.akak xkisah.dulu aman mintak akak xmampu lagi.sekarang aman mintak je la..tp aman xmau.aman kata dah banyak guna duit akak..aman xmau ambik pun kasut yang akak suruh beli tu..aman...aman... akak rindu sgt kat aman..kalau org baca ayat ni tentu dah jemu. tentu dah letih dengar..biarla..biar sejuta kali akak cakap akak rindu aman, sikit pun rindu tu tak pernah kurang..memang kakak rindu kat aman.. esok aku janji nak jenguk aman sebelum sampai rumah mak..aku nak doa banyak2 utk aman..biar aman bahagia, walau kat mana-mana.. al-fatihah...

1 comment: