Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Saturday, October 30, 2010

sweet october :))

salam..

ntah brapa lama blog ni bersawang, aku pun xperasan. slalu nak blogging tp pendam je dalam perasaan. kemudahan kat hujung jari pun tetap kata xdan.hmmm..kalau dah malas tu mmg banyak la alasan.

dalam banyak2 yang jadi dalam maybe few mths yg aku xupdate ni, aku cuma nak highlight 2 peristiwa penting october ni.

no 1 was my 28th birthday on 25th October..huuiihhh..penting tu..aku kategorikan ia sebagai penting sbb kalo xdak aku, sapa yang nak blogging bg pihak aku??? haaa..thn ni jugak aku dah bejaya paksa 3 org kakak aku utk bagi hadiah kat aku. PAKSA!! Kriteria yang mesti dipenuhi utk bagi hadiah kat aku xbanyak..ada 5 je iaitu :

a) mesti dalam kotak yang ada gambar
b) kalo kotak tu xde gambar mesti balut ngan pembalut hadiah
c) kalo kotak tu xdak gambar dan xdak pembalut hadiah, kotak tu mestilah kotak hadiah yang dibeli dari kedai cenderamata
d) size n price doesn't matter
e) mesti ada ribbon (kalo xdak ribbon mesti ada kad ucapan yg kecik tu)

hehehe... (syarat ni hanya melibatkan kakak2 sahaja, suami xterikat dengan syarat2 ni :p )

yang bestnya, aku dapat hadiah dari semua kakak aku..hehe.bukan senang tu..saje je nak suruh diorang ingat lebih skit kat aku..sok2 aku dah ikut norman, xmerasa pulak depa nak bg hadiah kat adik depa..

so, bagi meraikan kegembiraan aku tu, aku nyanyikan lagu birthday versi sakit tekak utk diri aku.. 'Hapi besday to u..hepi besday to u..hepi besday utk aku...hepi besday to u...' semoga aku sentiasa dirahmati Allah, dunia akhirat..nnt2 aku masukkan pic hadiah dari depa + dr dearie husband..wat kenang2an..

no 2..
tahun ni mak ke Tanah Suci Mekah.Alhamdulillah..aku syukur n gembira sgt2..sedih pun ada. mak berangkat ke sana 29 Oktober 2010, pkl 1.30 pg. kami semua htr mak daftar kul 9.30 mlm..

selama ni, aku xpenah tgk org nak p haji.sll tgk dalam tv je.xtau pun yang akan ada org azan masa keluar dari rumah..emmm..sedih sangat rupanya.xtau macamana nak cakap.sedih..masa wat kenduri tu pun dah tengok mak salam2 ngan kwn2 dia, dah nangis2. mintak ampun, mintak maap..

tapi, aku mmg xleh tahan bila semua org keluar dari rumah, yang tinggal cuma aku ngan 2-3 org lagi, mak patah balik masuk dalam rumah..mak ambik gambar aman atas meja..mak peluk kuat2..mak cium banyak kali..mak peluk lagi..aku hanya mampu tunduk dan kesat air mata..xmampu nak cakap apa dah..dulu2 aman kata nak kumpul duit nak hantar mak p haji..tapi aman xsempat tgk mak pegi haji..yang pastinya, memang aman xhantar mak ke kompleks tabung haji tuh, tapi, perkara pertama yang mak bawak ke mekah pastinya doa utk aman..

dah 2 hari mak p ni, aku dah rindu kat mak. risau pun ada..moga Allah lindungi dan pelihara mak kat sana..semoga mak mendapat haji yang mabrur dan balik ke sini dengan selamat...sayaaannngggg mak..

p/s : semua pic xdan nak transfer..nnt2 la ye...

No comments:

Post a Comment