Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Tuesday, February 1, 2011

kata kesat..

Apa kata kesat ni ye?

sementelah aku mmg sgt ngantuk sbb tido utk sejam je malam tadi dan skang berada di klinik kreta,aku xmampu pikirkan jawapan yang tepat dr sudut pandangan Dewan Bahasa Pustaka.

Tapi rasanya aku dapat bagi contoh kata2 kesat yang pernah didengar (samada dalam drama, filem dan situasi sebenar). Contohnya :

a)pegi mampus la lu!!
Kata2 diucap bila kita xmoh tgk lagi org tu-walaupn hakikatnya esok akan jumpa lg org yg
sama.

b)kau ni bodoh xdapat diajar!!
Bila tahap kepandaian dirasakan xsama-walaupn sbnrnya org yg mengajar tu yg bodoh-
tengking sumpah seranah org lain,. macam ko tu bagus je..ia lebih kurang macam ayah yg slalu
marah anaknya bila xbersih..tp bapak nya sendiri pun malas mandi..pandai mengarah je..tapi
tak reti nak bagi contoh yg baik..lebih kurang la tu..

c)Dasar pekak bisu!!
Ni aku slalu tengok dalam Drama Melayu yang ada anak cacat dan mak ayahnye org miskin...
(imaginasi aku je tu)

d) Pompuan murahan!! Cheap Sale!!
Ni pun banyak kat lama2 gosip artis..hehehe (aku tgk gak sbb kadang2 lucu kisah2 artis ni..)
tapi skang kat wall friends kat FB pun banyak gak..hmmmm...

e) Manusia Barua!!
Yang ni aku xpenah dengar dalam mana2 filem melayu atau drama melayu..mungkin aku
dengar sbb aku sendiri yang kena kot..rasanya la..emmm..xtau apa maknanya tu..setelah
dianalisa, ia membawa maksud yang tidak elok (xtau aku patut tulis perkataan tu penuh atau patut korang teka ja..sori kalau agak kesat-ni contoh je)

f) Jangan sampai tangan aku naik!!!
Ni memang slalu sangat dengar..Suami marah isteri, bapak marah anak, boyfriend marah girlfriend, staf marah bos (errr...atau boleh jugak bos marah staf).. Dalam drama pun banyak..

errr..kesimpulannya, boleh tak cakap baik2?? layan manusia seperti manusia patut dilayan..in fact-binatang pun kita xsajikan dengan kata2 kesat..inikan pulak manusia..pandang anak isteri dengan penuh kasih sayang pun dah dapat pahala..inikan lagi bersabar dengan karenah dan mengucapkan kata2 yang berhemah..jadi contoh yang baik utk anak2, isteri, keluarga dan masyarakat..xrugi kita berbuat baik..

kepada mereka yang sering menghamburkan kata2 kesat terhadap org lain, bersyukurlah sbb Allah tidak tarik balik nikmat lidah dan mulut dari kamu..

aku bukan baik sangat..tapi alhamdulillah..keluarga dah mendidik utk cakap dengan bahasa indah walaupun dalam situasi yang sangat menekan..tq mak ngan bapak...(tapi pengaruh drama, filem dan rakan sebaya pun dasat woooo....)..kamu2 yang tidak mendapat pendidikan sebegitu dari ibu bapa-simpati saya pada kamu dan cubalah untuk berubah :)

p/s : luahan rasa di bengkel, selepas menengok 1 drama melayu yang aku xtau tajuk dia apa..sekian..

2 comments:

  1. Bertenang... Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    ReplyDelete