Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Saturday, January 29, 2011

Jom EL !!!

dah 2-3 hari aku rasa stressed. marah..sedih...macam rasa di awang-awangan lak (yang pasti aku bukan di kayangan)..melangkah pun rasa xjejak bumi (juga bukan menunjukkan yang aku ni ponti***k - sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul)..

Dengan berbekalkan semangat sebanyak 0.01% semasa stat enjin menuju ke tempat kerja dan membawa pulang -1,000,000% semangat(xpasti istilah matematik ni betul atau tak), dan juga duit tol yang telah dihabiskan sebanyak RM 8.80 setiap hari, hanya untuk bekerja dengan penuh rasa tidak bersemangat, di perli dan dimarahi (isy..macam kronik betul aku ni) adalah satu Pembaziran dan Pengorbanan yang sia-sia...

Ye, aku bukan pekerja cemerlang. Tapi aku pun bukanlah pekerja yang tak menyumbang apa-apa pun dalam organisasi ni. walaupun tak banyak mana agaknya..yelah..takat jaga groceries, apa la sangat...xbrapa sen pun sales dia..hehehehe..

oh ye,
kepada kamu yang telah memadankan muka aku (atau kata lainnya-Padan Muka ko Mariani)dalam mesyuarat yang ala-ala mesyarat tingkap tu, aku ada beberapa pesanan utk ko (kalo ko baca n3 aku ni la-kalau ko tak baca pun ada aku kisah???) :

1. langit tak selalu cerah (ada siang-ada malam, ada panas-ada hujan)
2. rambut tak selalu hitam (makin memutih mcm rambut ko)

dan utk segala pertolongan yang ko mintak dr aku, aku dahului dengan kata2 :

MAAF, aku takkan tolong kamu -waaah!!!!kejamnye...i like :) :)

dan aku pun EL pada hari keesokannya..sekian..hehe.. (moh EL ramai2...)

p/s : wallet yang aku aim tu dah dibeli org dengan diskaun 40%..aku sangat sedih hingga ke saat ini..

SEKIAN lagi skali.. TATA

No comments:

Post a Comment