Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Friday, June 3, 2011

Allah Maha Mengetahui!!!

"Pabila mati anak adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah jariah dan doa dari anak-anak yang soleh"


aku termenung sekejap..sandar kat kerusi biru aku dan relax..tapi aku fikir lagi.nanti kalau aku mati, ada tak ilmu yang akan dimanfaatkan? banyak ke sedekah jariah aku? dan...aku tak ada anak!! rugi ke aku?? tak ada anak yang akan doakan aku?


Allah Maha Besar!!


Orang kata,


1. Laaa...xdapat anak lagi???
2. Alah..ramai lagi yang tak dapat anak
3. Bila lagi ko nak dapat anak ni?
4. Dah pegi jumpa doctor ke
5. Pegi la berubat kampung
6. Cuba pegi berubat kat situ, ramai yang dah dapat anak dah
7. Makan la supplement ni
8. Ubat ni lagi bagus, try la
9. Tu la, asyik kerjaaaa je..
10. Takpe, esok2 ada la tu..


Dan ntah beratus2 lagi ayat yang lebih kurang sama macam tu aku dengar...ada yang sentiasa menangis bila mendapat ujian mcmni..tapi siapa yang faham??


aku pun membaca lagi..


Sesungguhnya ketentuan itu ditangan Allah swt.. Walau sekuat manapun kita berusaha, sehebat manapun kita berdoa, seandainya kita masih tak mempunyai anak, Allah swt saja yang mengetahui hikmahnya..Allah maha mengetahui!!!


Masa aku 120 hari dalam kandungan mak, dan serentak nyawa ditiupkan, Allah dah tentukan rezeki, amal, ajal, bahagia atau derita hidup aku. and again, Allah Maha Mengetahui!!!


aku tersandar lagi..


Kita kena hargai apa yang kita ada, dari menangisi apa yang kita tak ada. Hakikatnya, mulut yang menyebut memang senang dari hati yang menanggung.


dan berfikir lagi,


Bila Allah kurniakan aku nikmat, aku tak pernah bertanya kenapa Allah berikan. Tapi kenapa hati tertanya bila Allah menguji?? Astaghfirullah.....


Mudah-mudahan Allah tebalkan kesabaran dalam diri. Mudah-mudahan hidup sentiasa dirahmati..Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan untuk terus berusaha. Mudah-mudahan terbuka pintu rezeki..


Allah Maha Mengetahui!!!




Mariani.. REDHAlah... :)




***Rindu bapak***Rindu Norman***



No comments:

Post a Comment