Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Friday, November 5, 2010

dah bleh dah sikit2..hehe

Salam..

Entry kali ni aku nak share 2-3 masakan aku minggu ni..Aku dah reti dah sikit2..hehehehe...tp sambil masak, hp xjauh dari aku..senang nak kol kak ina kalo tiba2 xtau nak wat..pastu sebagai bukti, kak ina sroh letak few snaps on that day..



ni masakan malam tadi. Masak lemak pucuk ubi tumbuk dengan ikan salai. aku xberapa betah lagi nak makan ikan salai ni. Lama-lama nnt ok la kot...


ni lak hari apa xigt..saja test. rasa dia?? bleh la tahan..tp perlu banyak improvement..bak kata iwan, 'xpe..pelan pelan...'


ni nasik beriani yang aku masak..hehehe...ingatkan xjadi. buleh la...lepas lapar perut kami laki binin tengahari tu..


sebenarnya kalo ikut resepi asal, nasi beriani ni kena makan dgn dalca. tp aku mmg dah tlampau malas sgt nak wat dalca sbb ada bahan2 yg aku lupa beli..so aku blasah je wat jelatah..jadi la..


ni pulak lauk dia..lauk daging..masak apa aku pun xtau nama dia yang aku tau makan dengan nasik beriani..follow je resepi..

so kpd kak ina..dah abis dah utang aku..ni aku dah letak gambo2 ni..ok la kan dari xde..

btw, arini aku wat kek kukus coklat..ada tragedi skit..tp still leh ,makan..pic dia?? xdan nak tangkap sbb dah dipotong ikut tahap kelaparan..

till then..

daaa...

Saturday, October 30, 2010

sweet october :))

salam..

ntah brapa lama blog ni bersawang, aku pun xperasan. slalu nak blogging tp pendam je dalam perasaan. kemudahan kat hujung jari pun tetap kata xdan.hmmm..kalau dah malas tu mmg banyak la alasan.

dalam banyak2 yang jadi dalam maybe few mths yg aku xupdate ni, aku cuma nak highlight 2 peristiwa penting october ni.

no 1 was my 28th birthday on 25th October..huuiihhh..penting tu..aku kategorikan ia sebagai penting sbb kalo xdak aku, sapa yang nak blogging bg pihak aku??? haaa..thn ni jugak aku dah bejaya paksa 3 org kakak aku utk bagi hadiah kat aku. PAKSA!! Kriteria yang mesti dipenuhi utk bagi hadiah kat aku xbanyak..ada 5 je iaitu :

a) mesti dalam kotak yang ada gambar
b) kalo kotak tu xde gambar mesti balut ngan pembalut hadiah
c) kalo kotak tu xdak gambar dan xdak pembalut hadiah, kotak tu mestilah kotak hadiah yang dibeli dari kedai cenderamata
d) size n price doesn't matter
e) mesti ada ribbon (kalo xdak ribbon mesti ada kad ucapan yg kecik tu)

hehehe... (syarat ni hanya melibatkan kakak2 sahaja, suami xterikat dengan syarat2 ni :p )

yang bestnya, aku dapat hadiah dari semua kakak aku..hehe.bukan senang tu..saje je nak suruh diorang ingat lebih skit kat aku..sok2 aku dah ikut norman, xmerasa pulak depa nak bg hadiah kat adik depa..

so, bagi meraikan kegembiraan aku tu, aku nyanyikan lagu birthday versi sakit tekak utk diri aku.. 'Hapi besday to u..hepi besday to u..hepi besday utk aku...hepi besday to u...' semoga aku sentiasa dirahmati Allah, dunia akhirat..nnt2 aku masukkan pic hadiah dari depa + dr dearie husband..wat kenang2an..

no 2..
tahun ni mak ke Tanah Suci Mekah.Alhamdulillah..aku syukur n gembira sgt2..sedih pun ada. mak berangkat ke sana 29 Oktober 2010, pkl 1.30 pg. kami semua htr mak daftar kul 9.30 mlm..

selama ni, aku xpenah tgk org nak p haji.sll tgk dalam tv je.xtau pun yang akan ada org azan masa keluar dari rumah..emmm..sedih sangat rupanya.xtau macamana nak cakap.sedih..masa wat kenduri tu pun dah tengok mak salam2 ngan kwn2 dia, dah nangis2. mintak ampun, mintak maap..

tapi, aku mmg xleh tahan bila semua org keluar dari rumah, yang tinggal cuma aku ngan 2-3 org lagi, mak patah balik masuk dalam rumah..mak ambik gambar aman atas meja..mak peluk kuat2..mak cium banyak kali..mak peluk lagi..aku hanya mampu tunduk dan kesat air mata..xmampu nak cakap apa dah..dulu2 aman kata nak kumpul duit nak hantar mak p haji..tapi aman xsempat tgk mak pegi haji..yang pastinya, memang aman xhantar mak ke kompleks tabung haji tuh, tapi, perkara pertama yang mak bawak ke mekah pastinya doa utk aman..

dah 2 hari mak p ni, aku dah rindu kat mak. risau pun ada..moga Allah lindungi dan pelihara mak kat sana..semoga mak mendapat haji yang mabrur dan balik ke sini dengan selamat...sayaaannngggg mak..

p/s : semua pic xdan nak transfer..nnt2 la ye...

Wednesday, September 8, 2010

8.9.10

harini 8 September 2010. Kalau ikut bulan Islam, harini dah 29 Ramadhan 1431H. Maknanya tinggal sehari lagi nak raya. Jujurnya, aku memang xperasan langsung dah nak raya. Aku tau dah nak raya bila supplier call n wish Slamat Hari Raya hari Khamis lepas. Perasaan aku masa tu? Terkejut..tapi tak mengelabah sangat. Kuih, baju, tudung, semua takdak. Rilek2 je. Pakai baju lama pun aku tak kisah..Cuma nanti kalau takde baju baru mak bising. Mak kata dah kerja, dah ada duit, dah mampu, beli la selai..ok la mak..anje beli..iwan pun nak beli. Tapi dah takde saiz. last minute. Tgk la kalau rajin malam2 satgi tgk untuk iwan pulak. Ramadhan dah nak habis.sebak pulak aku rasa. kalau la boleh Ramadhan ni panjang lagi, kan best..setan ngan hantu kena ikat lama sikit..ahli kubur lepas dari seksa kubur pun lama sikit..teringat pulak dekat norman..macamana la raya ni bila aman xde. ni yang aku rasa nak balik umah cepat2..nak jenguk kubur aman..nak lepas rindu kat aman. hari2 aku teringat kat aman.dah nak masuk 9 bulan aman pegi..dah nak masuk 9 bulan jugak air mata akak menitik bila teringat aman, masa solat, dalam bilik air, depan pc, dalam kereta, p kerja, balik kerja..terbayang muka aman je hati akak koyak dah..akak xnak nangis.nanti aman xtenteram kat sana. tp air mata akak asik menitik jugak..tp xpe..akak kesat cepat2..org xnampak. bila aku p shopping haritu, aku asik terpikirkan aman..aman segak dak kalau pakai baju macamni, kalau pakai suar macamtu ok tak..kasut yang jenis tu nampak ok tak, baju kaler tu nampak gelap sangat dak.aku lupa aman dah xdak..yang tinggal adik asri. adik ok je kalau ambik yang macamanapun..xde kawan akak nak bergaduh lagi time pilih baju raya. last kita shopping akak suruh aman ambik apa je yg aman nak. vest yang aman nak sgt tu pun amik lah.akak xkisah.dulu aman mintak akak xmampu lagi.sekarang aman mintak je la..tp aman xmau.aman kata dah banyak guna duit akak..aman xmau ambik pun kasut yang akak suruh beli tu..aman...aman... akak rindu sgt kat aman..kalau org baca ayat ni tentu dah jemu. tentu dah letih dengar..biarla..biar sejuta kali akak cakap akak rindu aman, sikit pun rindu tu tak pernah kurang..memang kakak rindu kat aman.. esok aku janji nak jenguk aman sebelum sampai rumah mak..aku nak doa banyak2 utk aman..biar aman bahagia, walau kat mana-mana.. al-fatihah...