Get your own Digital Clock

About Me

My photo
::anak bapak:: anak mak:: adik kakak-kakak:: kakak aman:: kakak asri:: isteri suami:: ...............

Tuesday, February 1, 2011

kata kesat..

Apa kata kesat ni ye?

sementelah aku mmg sgt ngantuk sbb tido utk sejam je malam tadi dan skang berada di klinik kreta,aku xmampu pikirkan jawapan yang tepat dr sudut pandangan Dewan Bahasa Pustaka.

Tapi rasanya aku dapat bagi contoh kata2 kesat yang pernah didengar (samada dalam drama, filem dan situasi sebenar). Contohnya :

a)pegi mampus la lu!!
Kata2 diucap bila kita xmoh tgk lagi org tu-walaupn hakikatnya esok akan jumpa lg org yg
sama.

b)kau ni bodoh xdapat diajar!!
Bila tahap kepandaian dirasakan xsama-walaupn sbnrnya org yg mengajar tu yg bodoh-
tengking sumpah seranah org lain,. macam ko tu bagus je..ia lebih kurang macam ayah yg slalu
marah anaknya bila xbersih..tp bapak nya sendiri pun malas mandi..pandai mengarah je..tapi
tak reti nak bagi contoh yg baik..lebih kurang la tu..

c)Dasar pekak bisu!!
Ni aku slalu tengok dalam Drama Melayu yang ada anak cacat dan mak ayahnye org miskin...
(imaginasi aku je tu)

d) Pompuan murahan!! Cheap Sale!!
Ni pun banyak kat lama2 gosip artis..hehehe (aku tgk gak sbb kadang2 lucu kisah2 artis ni..)
tapi skang kat wall friends kat FB pun banyak gak..hmmmm...

e) Manusia Barua!!
Yang ni aku xpenah dengar dalam mana2 filem melayu atau drama melayu..mungkin aku
dengar sbb aku sendiri yang kena kot..rasanya la..emmm..xtau apa maknanya tu..setelah
dianalisa, ia membawa maksud yang tidak elok (xtau aku patut tulis perkataan tu penuh atau patut korang teka ja..sori kalau agak kesat-ni contoh je)

f) Jangan sampai tangan aku naik!!!
Ni memang slalu sangat dengar..Suami marah isteri, bapak marah anak, boyfriend marah girlfriend, staf marah bos (errr...atau boleh jugak bos marah staf).. Dalam drama pun banyak..

errr..kesimpulannya, boleh tak cakap baik2?? layan manusia seperti manusia patut dilayan..in fact-binatang pun kita xsajikan dengan kata2 kesat..inikan pulak manusia..pandang anak isteri dengan penuh kasih sayang pun dah dapat pahala..inikan lagi bersabar dengan karenah dan mengucapkan kata2 yang berhemah..jadi contoh yang baik utk anak2, isteri, keluarga dan masyarakat..xrugi kita berbuat baik..

kepada mereka yang sering menghamburkan kata2 kesat terhadap org lain, bersyukurlah sbb Allah tidak tarik balik nikmat lidah dan mulut dari kamu..

aku bukan baik sangat..tapi alhamdulillah..keluarga dah mendidik utk cakap dengan bahasa indah walaupun dalam situasi yang sangat menekan..tq mak ngan bapak...(tapi pengaruh drama, filem dan rakan sebaya pun dasat woooo....)..kamu2 yang tidak mendapat pendidikan sebegitu dari ibu bapa-simpati saya pada kamu dan cubalah untuk berubah :)

p/s : luahan rasa di bengkel, selepas menengok 1 drama melayu yang aku xtau tajuk dia apa..sekian..

Saturday, January 29, 2011

Jom EL !!!

dah 2-3 hari aku rasa stressed. marah..sedih...macam rasa di awang-awangan lak (yang pasti aku bukan di kayangan)..melangkah pun rasa xjejak bumi (juga bukan menunjukkan yang aku ni ponti***k - sila isi tempat kosong dengan jawapan yang betul)..

Dengan berbekalkan semangat sebanyak 0.01% semasa stat enjin menuju ke tempat kerja dan membawa pulang -1,000,000% semangat(xpasti istilah matematik ni betul atau tak), dan juga duit tol yang telah dihabiskan sebanyak RM 8.80 setiap hari, hanya untuk bekerja dengan penuh rasa tidak bersemangat, di perli dan dimarahi (isy..macam kronik betul aku ni) adalah satu Pembaziran dan Pengorbanan yang sia-sia...

Ye, aku bukan pekerja cemerlang. Tapi aku pun bukanlah pekerja yang tak menyumbang apa-apa pun dalam organisasi ni. walaupun tak banyak mana agaknya..yelah..takat jaga groceries, apa la sangat...xbrapa sen pun sales dia..hehehehe..

oh ye,
kepada kamu yang telah memadankan muka aku (atau kata lainnya-Padan Muka ko Mariani)dalam mesyuarat yang ala-ala mesyarat tingkap tu, aku ada beberapa pesanan utk ko (kalo ko baca n3 aku ni la-kalau ko tak baca pun ada aku kisah???) :

1. langit tak selalu cerah (ada siang-ada malam, ada panas-ada hujan)
2. rambut tak selalu hitam (makin memutih mcm rambut ko)

dan utk segala pertolongan yang ko mintak dr aku, aku dahului dengan kata2 :

MAAF, aku takkan tolong kamu -waaah!!!!kejamnye...i like :) :)

dan aku pun EL pada hari keesokannya..sekian..hehe.. (moh EL ramai2...)

p/s : wallet yang aku aim tu dah dibeli org dengan diskaun 40%..aku sangat sedih hingga ke saat ini..

SEKIAN lagi skali.. TATA

Friday, January 21, 2011

wallet aku rabak :(


title dan pic di atas membawa maksud yang sebenar, wallet aku memang dah rabak. bukan takat isinya yang mmg rabak, tapi fizikalnya juga begitu..tengahari td bukak wallet, nampak yg koyak.malu kat hani (aku tau ko pun mungkin dah xlarat tengok), tp aku belum mampu nak beli wallet yang aku suka.nanti kumpul duit pelan2..


td aku bukak wallet lagi sbb nak masuk duit dalam tabung. nampak lagi yang rabak nye tu..tergerak nak belek2 wallet aku.banyak benda lama yang aku simpan, dan xmungkin aku buang ( selagi ada nyawa aku n selagi waras la-kalo aku lupa ingatan ke hapa ke terkecuali la ye-choi choi..mintak dijauhkan)



no 1 : gambar bapak.






aku letak pic ni kat muka depan skali.slalunya sebelah menyebelah dgn pic aku masa tingkatan 4.tp lately ni aku suka sorok kat blakang pic bapak je pic aku tu..hehe.aku rindu bapak. sampai skang aku ingat lagi bau kepala n bau kain pelekat dia..bau kepala? sebab aku slalu kena cari uban bapak dulu. kain pelekat? biasa la..mak slalu bising2 bapak main longgok je kain, xgantung..bau rokok pun melekat..hehehe..rinduuu bapak..



no 2 : tiket zoo negara


ni tiket p dating dulu..hehehehe..1st time kluaq ngan lelaki xdikenali nih.(merangkap my beloved husband la nih)..hehe..perati btl2 date tu..20.06.2004.ni pun dekat setahun kenai baru kluaq ni...hehehehehe..p zoo je..tu je yang senang nak pk time tu.



no 3 : resit minyak lori bapak



lebih kurang 12-13 tahun dah aku simpan resit ni.sebelum bapak meninggal lagi.Ada sign bapak kat situ..blah blakang dia bapak tulis no fon kakak sulung aku. no hp dan no rumah..kalau aku tanya balik kat kakak aku xtau la dia igt ka dak lagi no fon dia ni..

Bapak keje kat Teong Seng Chan Transport (M) Sdn Bhd. Dulu masa aman ada aku slalu borak2 pasal kenangan kami ikut bapak naik lori, p kilang Mattex (buat atap-kat PJ), makan roti bakar, roti canai terbang (ni norman punya keja), berak kat tepi tangki minyak(ni pun norman punya keja) pastu mcm2 lagi la..skang kenangan tu ada kat aku sorang je.dua2 dah takdak..kalo sok2 aku xdak, aku xdak anak pun nak crita semua ni..hmmmm..aku sedih..aku rindu bapak..lagi rindu kat norman..hmmm...

no 4 : kalendar proton 2004

kalendar ni kawan aku bagi..time tu kilang kat tg malim baru bukak..ada gambar stering proton kat kalendar tu.hasilnya :? aku bawak proton jugak la ni..kalo aku simpan pic stering ferrari agaknya mesti aku dah ada ferrari sebijik (juga merupakan angan2 aku)


no 5 : Permit menguburkan

kalau aku baca banyak2 kali kertas ni hati aku rasa meruntun sgt.macam kena carik.aku akan tengok banyak kali nama si mati..dengan berharap nama tu bukan nama aman. pastu aku lipat dan simpan cepat2 sbb aku tau nama tu xkan bertukar dah..

no 6 : resit kenderaan jenazah

aku n suami p bayar. mak dah tak boleh bgn..tp kat situ tulis nama mak..



no 7 : resit currier barang norman






ni aman tinggal masa tido kat umah aku..masa dia nak konvo. ntah apa yg di pos. tu sign n nama dia..tu la tulisan tangan aman..macam tulisan siam kan..hehehehe..aman..aman..



no 8 : resit shopping barang raya terakhir



dia nak tali pinggang kaler kuning je kat kedai tu..


hmm..yang lain2 xdak dlm wallet aku yg rabak tu, tp ada dlm simpanan aku



no 9 : birthday card




ni birthday card yang aku xsempat nak bg dia..aku pilih gambar kasut bola..sbb dia ada kasut bola yang dia beli sorok2 sbb takut mak marah.aku nak poskan kad tu, aku mintak alamat dia kat UniKL. sampai kesudah dia xbagi..aku nak dia tau yg aku igt birthday dia, walaupun xdak hadiah besar..



no 10 : Label Kematian Kes Polis


Yang ni pun aku akan baca 2-3 kali..dan akan cepat2 simpan..aman...aman...akak rindu aman..


errr...tapi kan..bila sebenarnya aku dapat beli baru wallet ni ekk????